Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas kurniannya dalam penghasilan Laman Web Rasmi Masjid Nurul Ihsan Kg. Ketiau ini. Terima kaasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan Laman Web ini. Juga tidak lupa kepada JKNS, HMNS dan JHEAINS yang telah menganjurkan bengkel ICT untuk masjid-masjid sekaligus memberi kerangka kerja dan pendedahan awal mengenai teknologi maklumat dan informasi.
Bagi pihak Pengurusan dan AJK Masjid Nurul Ihsan Kg Ketiau, proses membangunkan Laman Web MNI Kg Ketiau ini merupakan salah satu agenda yang telah lama ingin dicapai bagi membolehkan penghebahan aktiviti dan program-program yang telah dirancang kepada penduduk sekitar Kariah Kg Ketiau. Banyak majlis dan program yang telah berlangsung dan dirancangkan tidak bermakna jika tiada hebahan yang sewajarnya. Kami bagi pihak Pengurusan Masjid Nurul Ihsan Kg Ketiau berharap agar MISI dan VISI dapat dikongsi dan dicapai bersama bukan sahaja dikalangan AJK MNI tetapi yang lebih penting penglibatan masyarakat sekitar.
Akhir kata, saya berharap masjid kita ini terus maju dan berseri dengan aktiviti dan pengimarahan yang membabitkan semua ahli masyarakat tanpa mengira perbezaan status dan umur.
Wasalamualaikum WBT