Masjid Nurul Ihsan (MNI) Kg. Ketiau Putatan telah bermula sebagai surau kampung di awal tahun 80an dan mula berpindah ke tapak baru ke bangunan yang ada sekarang. Bangunan baru Masjid Nurul Ihsan telah mula digunakan sejak 20 Januari 2005 bersamaan 20 Zulkaedah 1425. Simboliknya Solat Sunat Aidil Adha telah menjadi tanda bermulanya acara di Masjid Nurul Ihsan ini.
Usaha menaik taraf dan perpindahan masjid ini bermula dari pertengahan tahun 2004 dan siap pada awal tahun 2005. Ini merupakan kerja keras AJK MNI yang dipengerusikan oleh En. Masrin Pudin (Pengerusi MNI 2002-2013). Pembinaan bangunan baru ini juga banyak menerima infak daripada seorang Hamba Allah yang tidak mahu namanya disebutkan. Semoga Allah menerima amalan dan melipat gandakan ganjaranNya terhadap beliau. Masjid Nurul Ihasan juga mula menjadi pusat Komuniti Islam bagi Kawasan Kg Ketiau dan sekitarnya dengan Majlis-majlis seperti Kenduri Sekampung, Bacaan Yaasin Nisfu Sya’ban, Gotong-royong penyembelihan ibadah Qurban, acara akad nikah, tempat mandi dan solat jenazah.
Pentadbiran MNI ini selanjutnya di teruskan oleh En Ag. Sulaiman Salih dan AJK Induk dari tahun 2013 sehingga 2019 dan kini di ambil alih oleh Tn. Hj Serah Kulah Bin Hj Abdullah bersama AJK Induk bagi Sesi 2022-2024. Banyak perubahan dan pembangunan yang telah dicapai oleh Masjid Nurul Ihsan sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan tenaga dan masa daripada kesemua AJK MNI sejak awal mula sehingga ada kini. Tidak dilupakan juga jasa penduduk Kg. Ketiau dan para Jemaah serta semua agensi-agensi kerajaan dan swasta yang turut sama menyumbang dan mengimarahkan lagi Masjid Nurul Ihsan ini.
Kredit: